Segala syukur & puji kepada ilahi kerana doa saya diperkenankan olehNya. Pantang kali ketiga ini saya kira pengalaman yang terindah. Saya berkesempatan untuk menjaga kesihatan dengan baik. Boleh bertungku 2 kali sehari, berpilis dan berbengkung. Saya juga mengambil supplemen confinepment set dari shaklee. Memang marvellous!
Badan segar, susu banyak & meriah.
Selalunya, saya memang tak suka masa pantang sebab saya akan kadi sangat lemah dan lesu. Apa tidaknya, anak kaki kembung dan tidak boleh langsung makan jamu. Allah je uang tahu peritnya pengalaman berpantang. Sampai lepas pantang pun badan rasa macam kayu jer. Uhuk!
Saya tergerak hati untuk mencuba supplemen shaklee ni bila memikirkan saya mengandungkan anak lelaki. Orang kata anak lelaki ni kuat menyusu. Saya agak risau kalau- kalau saya tak dapat memberi susu badan sepenuhnya.
Alhamdulillah, rezeki zayyad murah. Jadi mommies, selain keazaman yang tinggi kita juga perlu berusaha. Dalam konteks ini merujuk kepada pelaburan supplemen.
Sekarang, bekalan susu masih kekal meriah walaupun saya bertugas luar kawasan. (",)
No comments:
Post a Comment