1. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi daripada apa yang kita dapat daripada makanan. Misalnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan yang ditanam di tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding buah- buahan di tanah yang subur. Tambahan pula, penggunaan racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti sayuran atau buahan tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semada proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan zat makanan dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi landungan MSG.
7. Bagi yang bekerja lazimnya makaan tengahari di luar dan malamnya pula akan memasak seringkas mungkin.
No comments:
Post a Comment