Thursday, May 24, 2012

turunkan berat badan dengan sihat (",)

testimonial SET SLIMMING PREMIUM

selepas pantang tempohari berat saya 71kg dan sekarang 63 kg...saya sangat seronok!  saya sangat terkejut sebab saya berjaya turun 8 kg dalam masa 2 bulan!


semasa pantang ketiga pada bulan februari yang lalu, saya mencuba trial set berpantang shaklee. namun, sepanjang pantang berat badan saya hanya turun 4 kg sahaja. tidak berpuas hati dengan penurunan berat badan yang sedikit saya menambah lagi pengambilan omega guard.

2 minggu pertama saya hanya turun 2 kg sahaja. saya sangat kecewa. tapi saya pujuk hati untuk teruskan kerana mungkin masih dalam tempoh penyesuaian. sebulan lebih selepas itu saya turun lagi 6 kg....saya kelu dan seperti tidak percaya. yela...saya tidak berkesempatan untuk bersenam dan sebagainya. namun, alhamdulillah berjaya juga menurunkan berat badan.

amalan saya mudah sahaja. saya masih makan seperti selalu cuma saya kurangkan jumlahnya. saya juga cuba elakkan makan daging merah dan saya pastikan pengambilan air mencukupi. lazimnya saya minum 3-4 liter sehari.  saya juga elakkan makan lewat malam. lazimnya jam 6 ptg saya sudah makan malam.


Masih saya ingat selepas melahirkan anak sulong, saya pernah ke pusat kecantikan terkemuka untuk menguruskan badan. Namun masih tidak berjaya. Kemudian, saya mencuba pula mengambil minuman kesihatan yang juga terkemuka dan keputusannya masih sama.tiada perubahan berat badan. Saya agak kecewa namun saya teruskan juga pengambilannya untuk tujuan kesihatan.

Kenapa saya mahu turunkan berat badan?
1. Kesihatan
2. Keyakinan

Saya percaya bahawa berkahwin atau mempunyai anak bukan alasan untuk membiarkan lemak-lemak degil tersebut terus bermaharajalela dalam tubuh kita kan HOT & FABULOUS MOMMIES?


Macam mana yer omega guard membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan?

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.


credit to :vitaminsemulajadi.com

apa tunggu lagi? ambillah set kurus premium sekarang. bukan sahaja untuk ibu yang menyusu bahkan sesuai untuk mereka yang tidak menyusukan bayi dan juga sesuai untuk lelaki.  


untuk kesan yang lebih WOW dapatkan konsultansi daripada saya :)


Wednesday, May 23, 2012

WAJIB BACA SEBELUM MENCUBA SHAKLEE

Tersenyum saya setiap kali terima SMS dari pengguna baru Shaklee. Kebanyakan isi kandungannya sama...

"Kak, kenapa air kencing saya warna kuning nie?
Kenapa warna air susu macam hijau?
Ehh, takut lah tengok warna-warna nie, saya tak serasi dengan Shaklee ekk?"


Saya yakin, pasti mereka ini belum sempat untuk baca sepenuhnya info yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Jadi, kepada pengguna baru Shaklee, berikut ialah serba sedikit yang anda perlu tahu tentang pengambilan suplemen, terutama produk Shaklee, ya.

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label HALAL STATUS di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir?
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 017-2032600 (BETH) saya akan beri tips2 untuk mendapatkan harga istimewa.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu?
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

creadit to:www.genkimomma.net

Tuesday, May 22, 2012

know your needs :)

sebelum kita ambil apa-apa supplemen sekalipun, anda semua ahrus tahu apa yang sebenarnya yang diperlukan oleh tubuh anda. dan yang paling penting sekali perlu konsultansi daripada yang arif. jangan main makan sahaja supplemen. makan dengan pengetahuan :) inilah antara set yang boleh didapati dalam kumpulan euphoria kami :)


Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1 – set B1 adalah trial pack set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 90 biji sahaja).

Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan. Tambahan ESP dan ostematrix mengikut budget customer.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium. Terdiri daripada vitalea, bcomp, vita C, alfalfa dan ostematrix.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.

mahu harga istimewa? hubungilah saya di talian 0172032600

Friday, May 18, 2012

Kenapa vitamin tidak berkesan?

Saya mengamalkan minuman ESP, sebiji vitalea, vitamin c dan b complex, 2 biji alfalfa,2 biji omega dan 4 biji ostematrix sehari. Bulan lepas, saya tambah vitamin E dalam pengambilan supplemen saya. Saya rasa loya dan pening. Saya rasa seolah-olah macam mengandung pula. Oleh kerana terlalu risau saya beli test pregnancy dan keputusannya negatif. Hihihi selamat!

Setelah diselidik, saya dapati puncanya ialah vitamin E tersebut diambil bersama alfalfa. Sedangkan hakikatnya alfalfa menggangu penyerapan vitamin E jika diambil bersama. Jadi saya ubah pengambilan vitamin pada malam hari bersama ostematrix. Alhamdulillah ok.

Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini juga perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Kita disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.

Selain itu, perlu juga ambil tahu Do's and Dont's tatkala mengambil pemakanan tambahan ini. Walaupun sebenarnya tidaklah perlu pantang beria untuk makan vitamin ini, tapi, alangkah baiknya jika kita dapat ambil dengan cara yang terbaik, yang membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari vitamin tersebut seoptimum mungkin, kan?
----------------------

Berikut ialah beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian mereka. Di antaranya ialah:

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.

*Kredit kepada genkimomma.com & anakkuwira.com

Kelebihan SHAKLEE dengan supplemen laon


The Shaklee Difference by Dr. Bruce B. Miller:

(1) The products are in harmony with nature.
(2) The products are created by nature and perfected by science.
(3) They disintegrate in adequate time for absorption.
(4) The excellence of the Shaklee Corporation is widely recognized.
(5) Absorption is proven.
(6) Shaklee's studies have been accepted for publication in noted scientific journals.

Sebab ini jugalah saya mengamalkan suplemen Shaklee, dan sentiasa bersedia untuk berkongsi kebaikan suplemen Shaklee kepada anda!

Mahulan harga istimewa? Hubungi saya di talian ini 0172032600.

Shaklee HALAL

Rujuk laman web rasmi shaklee.

Buat pengetahuan anda, produk yang tersenarai di dalam 'HALAL Product Certificate' ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja, dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran, Singapura.

Sebagai pengguna beragama islam wajib bagi kita memastikan bahawa apa yang masuk dalam badan kita halal kerana ia akan menjadi darah daging kita nanti.

Jadi, makanlah supplemen shaklee tanpa was-was (",)

7 sebab mengapa kita perlukan supplemen

1. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi daripada apa yang kita dapat daripada makanan. Misalnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan yang ditanam di tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding buah- buahan di tanah yang subur. Tambahan pula, penggunaan racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti sayuran atau buahan tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semada proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi landungan MSG.

7. Bagi yang bekerja lazimnya makaan tengahari di luar dan malamnya pula akan memasak seringkas mungkin.

Syukur

Alhamdulillah rezeki zayyad sangat murah. Risau juga saya sebab last week terskip sesi mengepam dan isnin lepas pun terskip sampai petang. Allah je yang tahu hati dan perasaan ini. Bawa beg tetapi tertinggal pamnya di opis. Saya sangat tidak keruan.perjalanan dari jam 9 pagi sampailah jam 3 petang. Adoila...hati da terdetik " abeslah merudum susuku" namun, supplemen sedikit sebanyak membantu penghasilan susu seperti sediakala. Teringat kalau dulu-dulu (anak pertama & kedua) memang habislah i....tapi ingat, jangan skip sesi mengepam sesuka hati yer....

Apa lagi mommies? Dapatkan set breastfeeding shaklee ni! Untuk kesan yang maksimum, dapatkan konsultansi daripada independent distributor anda.

Till then! Bubbye!

Wednesday, May 16, 2012

kebaikan zinc complex


Zink membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik, dan ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (i memang x boleh telan hihihi) , bolehlah digantikan dengan suplemen Zink, ya.

Jom kita lihat, apa yang Zink boleh lakukan untuk kita?

(1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman & luaran.
(2) Menghilangkan tanda putih di kuku jari anda (dengan kata lain, jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda kekurangan zink!)
(3) Mengembalikan rasa hilang selera makan.
(4) Membantu masalah ketidaksuburan (infertility).
(5) Mengelakkan masalah prostat.
(6) Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
(7) Mengurangkan penempelan kolesterol.
(8) Bantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
(9) Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam.
(10) Mengurangkan masalah rambut gugur/ uban sebelum waktunya.

Bagaimana nak pilih suplemen Zink yang baik?

Kebiasaannya boleh didapati di dalam multivitamin & multimineral yang berkualiti. Boleh juga di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun.

Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.

TIPS PENTING!

(1) Penambahan Zink ke dalam diet harian memerlukan penambahan Vitamin A yang seiring juga.
(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3) Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi (Iron) serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.

Set Ibu Berpantang/ Confinement Set

Apepun, suplemen Shaklee Zinc Complex ini pastinya menjadi pilihan saya sewaktu berpantang nanti, dan sebab itu jugalah kami turut menyenaraikannya di dalam pakej Confinement Set kami!!!

Jika ingin mencuba suplemen Zink, pastikan anda mendapat cadangan jadual pemakanan yang betul daripada pengedar Shaklee anda. (^_-)

Tuesday, May 8, 2012

4 set penyusuan SHAKLEE yang popular!


Buat panduan ibu dan bapa baru, yang masih mencari-cari, atau keliru untuk memilih set vitamin penyusuan mana yang sesuai dengan ibu dan bayi.nilah antara set B yang sering menjadi pilihan para pelanggan.



*Set BreastFeeding Tripple M
- Set Vitamin lengkap untuk penyususan yang paling popular!!!*

Empat set itu ialah:


1. Set B (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
* Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
* Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


2. Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
* Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
* Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
* Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Set ini memberi kesan yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set Tripple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
* Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

Saya percaya setiap ibu di dunia ini ingin berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Namun, tiada jalan pintas. Kita kena bersusah-susah dahulu. Apalah salahnya melabur sedikit untuk kesihatan diri dan anak kan? Daripada kemudian hari kita terpaksa melabur untuk rawatan pula.insyaallah usaha murni mommies akan membawa kebaikan dan kebahagiaan untuk keluarga.


Tunggu apa lagi? Dapatkan set vitamin penyusuan Shaklee ini (kecuali Alfalfa) yang boleh diamalkan sejak dari ibu mula mengandung lagi kerana fokus utama bukanlah untuk pengeluaran susu semata-mata, malah untuk kesihatan ibu secara optimum (total wellness!), dan seterusnya menyediakan diri si ibu (jasmani & rohani) untuk menyusukan si manja apabila lahir kelak!

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set vitamin penyusuan mana yang paling tepat untuk anda dan bayi, serta dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda!

Saturday, May 5, 2012

Beza antara premium & normal slimming set

Apa yang berbeza antara setini ialah premium guna omega guard & normal guna lecithin.

Thursday, May 3, 2012

Turunkan berat badan dengan sihat (",)

Alhamdulillah saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg dalam masa sebulan.

Syukur sangat sebab masa pantang pun tak turun begitu banyak. Pantang kali ke 3 ni memang best sebab badan rasa cergas dan sihat. Tetapi berat badan tidak turun seperti yang diharapkan. Mungkin disebabkan faktor usia? Hahaha i taklah tua mana pun ;p kadar metabolisme semakin rendah agaknya...

Berat terakhir saya sebelum bersalin 76kg. Pertambahan berat untuk kali ini kira ok la berbanding sebelum ini. So, saya pun positif jer berat akan turun dengan lebih banyak lagi semasa pantang. Sampailah hari ke 44, berat saya 71 kg. Adoila.... Seluar semuanya tak muat.

Selepas habis pantang, saya tambah supplemen omega guard untuk membantu saya memecahkan lemak- lemak degil ini. Pada awalnya, agak lambat kesannya. 2 minggu pertama saya hanya turun 2 kg. Sebulan selepas itu saya turun 6 kg. Slowly but surely :) so, i nak shed off another 5 kg lagi ni. Tidaklah mahu kurus sangat. Cuma mahu sedap-sedap saja :)

Berminat?? Nak cuba set kurus shaklee ni?

PREMIUM SLIMMING SET
for breastfeeding mom : vitalea, alfalfa dan omega
for non breastfeeding mom: vitalea, alfalfa, omega & herblax


NORMAL SLIMMING SET
a. vitalea, alfalfa & lecithin
b. vitalea, alfalfa, lecithin & herblax
c. b complex, vit c, lecithin & alfalfa


owh...mesti tertanya kenapa ada premium & biasa? akan saya terangkan dalam entry akan datang...


 

5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


credit to http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Wednesday, May 2, 2012

The differrence :)

Spot the difference?
Gambar Dalam kapal terbang ni diambil bulansept 2011. Pipi zafeera merah & kadang berdarah.
Gambar lagi satu di zoo lok kawi. Diambil bulan nov 2011. Kulit kakak nampak sihat & bermaya. :)

Supplemen untuk si manja

Sebagai seorang ibu,saya berpendapat biarlah belanja lebih sedikit untuk kesihatan daripada berbelanja untuk rawatan.

Jadi ini merupakan antara supplemen yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas:

1. Mealshake

2. Omega guard

3. Vitamin c chewable

Zuhayra sangat menyukai mealshake! Selalunya saya bancuh sekali dgn susunya atau dengan fresh milk dutch lady.


Kenangan terindah

Segala syukur & puji kepada ilahi kerana doa saya diperkenankan olehNya. Pantang kali ketiga ini saya kira pengalaman yang terindah. Saya berkesempatan untuk menjaga kesihatan dengan baik. Boleh bertungku 2 kali sehari, berpilis dan berbengkung. Saya juga mengambil supplemen confinepment set dari shaklee. Memang marvellous!
Badan segar, susu banyak & meriah.

Selalunya, saya memang tak suka masa pantang sebab saya akan kadi sangat lemah dan lesu. Apa tidaknya, anak kaki kembung dan tidak boleh langsung makan jamu. Allah je uang tahu peritnya pengalaman berpantang. Sampai lepas pantang pun badan rasa macam kayu jer. Uhuk!

Saya tergerak hati untuk mencuba supplemen shaklee ni bila memikirkan saya mengandungkan anak lelaki. Orang kata anak lelaki ni kuat menyusu. Saya agak risau kalau- kalau saya tak dapat memberi susu badan sepenuhnya.
Alhamdulillah, rezeki zayyad murah. Jadi mommies, selain keazaman yang tinggi kita juga perlu berusaha. Dalam konteks ini merujuk kepada pelaburan supplemen.
Sekarang, bekalan susu masih kekal meriah walaupun saya bertugas luar kawasan. (",)