Thursday, October 18, 2012

Kenali osteoporosis


Osteo, dalam bahasa greek bermaksud tulang. osteoporosis bermaksud kerapuhan tulang.

Pengenalan

Ianya adalah penyakit sistemik di mana tulang menjadi lemah dan rapuh menyebabkan tulang menjadi lebih mudah untuk patah atau renyuk. Kadangkala tulang-tulang boleh menjadi begitu rapuh. Aktiviti-aktiviti seperti membongkok, mencabut suatu kekosongan atau batuk boleh menyebabkan satu keretakan.

Ianya merupakan masalah perubatan yang kerap ditemui di kalangan warga tua.Bahagian tulang yang yang kerap terjejas adalah tulang pergelangan tangan,tulang spina dan tulang bahagian atas peha dan pinggul. Komplikasi setelah patah tulang pinggul akibat osteoporosis boleh menyebabkan kadar kematian sehingga 25% dalam tahun pertama kemalangan. Dijangkakan hanya 25% dari pesakit ini akan kembali ke tahap aktiviti normal.

Pada tahun 1997,kadar kepatahan tulang pinggul bagi individu berumur 50 tahun keatas di Malaysia dianggarkan sebanyak 90 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Ianya lebih ketara bagi wanita lanjut usia.


Sebab

Di dalam kebanyakan kes, tulang mejadi reput dan lemah disebabkan oleh tahap garam kalsium dan fosforus yang rendah dalam darah. Osteoporosis juga boleh dilihat pada pesakit yang mengalami masalah hormon ataupun pada pesakit yang mengunakan steroid yang berlebihan bagi merawat penyakit yang tertentu.

Kekuatan tulang adalah bergantung kepada ketumpatan tulang dan ini bergantung kepada tahap kandungan garam kalsium,fosforus dan lain-lain garam dalam tulang. Apabila tahap kandungan garam ini menjadi kurang tulang akan menjadi lemah. Aktiviti seperti berenang, pilates dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan boleh menghindarkan osteoporosis.

Selepas putus haid, bila tahap hormon estrogen menurun, kadar pelupusan tulang akan meningkat sebanyak 1-3 % setahun dan proses ini selalunya berterusan. Bagi lelaki kadar pelupusan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama berbanding kaum wanita selepas umur 65 tahun. Dalam usia yang lanjut wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35-50 % ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25-35% sahaja.


Faktor risiko

Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku. Disebabkan kaedah saringan yang tidak kos efektif, mengenal pasti faktor-faktor risiko adalah penting dalam mendiagnosa penyakit ini.

Risiko yang tidak boleh diubah :

faktor umur
bangsa ( oriental & Caucasian )
jantina perempuan
putus darah haid pada umur awal ( kurang dari 45 tahun )
kurus
sejarah keluarga osteoporosis

Risiko yang boleh diubah :

pemakanan yang kurang mengandungi kalsium
kehidupan yang mewah
menghisap rokok
pengambilan alkohol yang berlebihan
pengambilan kafein yang berlebihan

Tanda dan gejala

Pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Apabila kerapuhan telah menyebabkan tulang itu lemah, pesakit akan menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut :

sakit tulang belakang
pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok
Fraktur pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain disebabkan oleh kecederaan kecil.

Diagnosa

Doktor boleh mengesan osteoporosis menggunakan berbagai kaedah dan alatan menguji ketumpatan tulang. Ujian yang paling sensitif untuk mengesan osteoporosis adalah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry). Ujian ini adalah mudah, pantas dan tepat. Ketumpatan tulang bahagian pergelangan tangan, tulang spina dan pinggul boleh diuji. Ujian lain temasuk imbasan CT ataupun imbasan bunyi.


Bilakah masa untuk mendapatkan rawatan?

Rawatan awal adalah penting. Proses pereputan boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal. Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya bagi wanita hampir atau selepas putus haid .

Kalsium:

Apabila osteoporosis sudah di tahap teruk, garam kalsium sahaja tidak memadai. Namun ia adalah rawatan tambahan yang boleh digunakan bersama ubatan yang lain.

Vitamin D

Vitamin D sebanyak 800 IU/sehari yang diambil bersama kalsium berkesan untuk mengurangkan kadar osteoporosis pada warga tua.


Pencegahan

Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi

Senaman - menolong membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang

Jangan menghisap rokok

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein

Kurangkan pengambilan kafein


dengan mengambil ostematrix shaklee, ia boleh menampung keperluan kalsium harian anda. tunggu apa lagi? call/whatsapp/sms me! 017 2032600





No comments:

Post a Comment