Wednesday, October 17, 2012

bila waktu terbaik ambil vitamin atau supplemen?

pengambilan supplemen memang bagus namun jika tidak kena gaya boleh mendatangkan mudarat atau impak yang minima sahaja.
jadi, bagaimana nak makan supplemen dengan cara yang betul? jadi, saya kongsikan sedikit tips bila waktu terbaik untuk mengambil supplemen. credit to kedai tripple s :)
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
WaktuCadangan Pengambilan
Pagi  B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi  ESP
Tengah Hari  Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang   ESP
Makan Malam Lecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
Zinc Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
untuk pelanggan-pelangganku sayang, kalau masih keliru anda berhak mendapatkan konsultasi daripada saya. jangan malu jangan segan...am here for u :)
call/sms/whatsapp 017 2032600

1 comment:

  1. Invest in Ripple on eToro the World’s Best Social Trading Network!

    Join 1,000,000's who have already discovered smarter methods for investing in Ripple...

    Learn from profitable eToro traders or copy their positions automatically.

    ReplyDelete