Tuesday, September 25, 2012

Bila waktu terbaik mahu buat stock EBM?

Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya waktu terbaik ialah semasa pantang.seawal minggu pertama atau kedua.

Kenapa?
Pada ketika itu, otak masih belum tahu berapa banyak susu yang perlu dihasilkan.oleh itu sebaiknya kita bagi signal kepada otak agar hasilkan lebih banyak. Seperti semua mommies sedia maklum, konsep terpenting dalam penyusuan ialah supply and demand. lebih banyak permintaan,lebih banyaklah bekalannya.

Bila waktu yang sesuai untuk pam stok ebm?
Lazimnya 10 minit selepas menyusukan anak. Pada permulaan akan dapat sedikit sahaja. Tapi jangan bimbang.teruskan sesi pam lama kelamaan hasil akan semakin meriah dan banyak.apa lagi buatlah stok sebanyak mungkin sebagai bekalan bila da mula kerja nanti.

Semasa anak pertama dahulu saya masih tiada pengalaman.buat stok ebm sedikit dan bila keluar gunakan. Sebab pada ketika itu saya fikir lepas pantang boleh buat stok.sangkaan meleset bila lepas pantang tiada masa dan sibuk dengan urusan rumah dan sebagainya.

Selepas itu saya serik sungguh sebab stok ebm nyawa-nyawa ikan.pada ketika itu saya sedar yang azam sahaja tidak memadai.penyusuan ini perlukan lebih daripada itu.pengalaman ialah guru yang terbaik. Anak kedua dan ketiga berjaya saya susukan secara eksklusif. alhamdulillah...syukur.

No comments:

Post a Comment